17 October 2011

LIP & EYE CARE



Lip Care



Satin Lips® Lip Mask 8g : RM45.00


Satin Lips® Lip Balm 8g : RM35.00

Bibir yang sihat adalah dambaan setiap wanita,
 kerana bibir yang sihat akan menambah kecantikan alami si pemiliknya. 
Apakah bibir yang sihat itu? Bagaimana cara membuat bibir kita sihat? 
MARY KAY menemukan jawapannya....


APA KATA PAKAR PERUBATAN,
" Bibir mempunyai lapisan perlindungan luar yang amat nipis.  Apabila usia 
meningkat, lapisan yang nipis ini bertambah tipis.  Untuk memburukkan 
lagi keadaan, kulit bibir tidak memiliki kelenjar peluh atau sebum.  Tanpa 
lapisan perlindungan peluh dan minyak semula jadi ini, bibir cepat kering, 
mudah mengelupas dan menjadi tua lebih cepat berbanding kulit di 
bahagian-bahagian badan yang lain.."

FAKTA:  Untuk mereka yang berkulit cerah, saluran darah yang boleh dilihat pada bibir membuatkan bibir kelihatan berwarna walaupun ia sebenarnya tidak mengandungi pigmen.  Untuk mereka yang berkulit gelap, bibir mengandungi tahap melanin yang tinggi yang membuatkan bibir kelihatan lebih tebal dan saluran darah hampir tidak kelihatan.

MANFAAT & KEISTIMEWAAN

Lip Mask mengelupas dengan lembut dan berkesan

Lip Balm melembapkan bibir sekurang-kurangnya selama enam jam

BAGAIMANA PRODUK INI MEMBANTU ANDA

 Bibir mempunyai lapisan perlindungan luar yang amat nipis.  Apabila usia meningkat, lapisan yang nipis ini bertambah tipis.  Kita kehilangan lapisan perlindungan minyak dan air yang penting untuk mengekalkan lembapan 
bibir. Tanpa lapisan perlindungan peluh dan minyak semula jadi, bibir cepat kering, mudah pecah-pecah dan menjadi tua lebih cepat berbanding kulit di bahagian-bahagian badan yang lain.

Satin Lips® Lip Mask mengandungi manik-manik halus yang bertindak lembut dan berkesan untuk mengelupaskan sel-sel kulit mati pada permukaan yang menyebabkan bibir kelihatan kusam dan tak bermaya.

Satin Lips® Lip Balm mengandungi ramuan bahan-bahan istimewa, termasuklah derivatif vitamin A dan E serta Ceramide 2, untuk membantu melembapkan bibir yang kering dan kasar.  Balm ini melembapkan bibir sekurangkurangnya selama enam jam, di samping membentuk satu perlindungan limunan untuk mengekalkan lembapan bibir.

BAHAN-BAHAN UTAMA & FUNGSI

(1) Ekstrak teh hijau (ekstrak Camellia sinensis)
Antioksidan: Bahan ini, yang juga dikenali sebagai pemusnah radikal bebas, membantu melindungi kulit daripada kesan-kesan negatif akibat radikal bebas dari persekitaran.
Agen Penyegar: Terkenal dengan ciri-ciri yang menenang dan menyegarkan.

(2)Derivatif Vitamin C (Askorbil palmitat)
Antioksidan: Bahan ini, yang juga dikenali sebagai pemusnah radikal bebas, membantu melindungi kulit daripada kesan-kesan negatif akibat radikal bebas dari persekitaran.

(3)Derivatif Vitamin A (Retinil palmitat)
Perapi: Memperbaiki penampilan kulit (contohnya, kulit kelihatan lebih lembut, lebih licin).

(4)Derivatif Vitamin E (Tokoferol acetat)
Antioksidan: Bahan ini, yang juga dikenali sebagai pemusnah radikal bebas, membantu melindungi kulit daripada kesan-kesan negatif akibat radikal bebas dari persekitaran.

(5)Ceramide 2 Perapi
Memperbaiki penampilan kulit (contohnya, kulit kelihatan lebih lembut, lebih licin).



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Say Good Bye...to garis di bibir. TimeWise® Age-Fighting Lip Primer mencipta penampilan bibir yang lebih sihat dengan menghapuskan garis halus dan kedutan sementara mikrosfera penabur cahaya mengurangkan keketaraan garis halus. Gunakan pada bibir, di luar dan dalam garis bibir untuk memanjangkan pemakaian lipstik dan mengelakkan lipstik dan pengilat bibir menjadi comot. Ia membantu melapisi bibir supaya pemakaian lipstik dan pengilat bibir lebih tahan lama.

Cara Pemakaian :
1. Sapu di bibir dan kawasan di sekitarnya.
2. Biarkan kering dahulu sebelum memakai produk bibir yang lain.
3. Guna pada pagi dan malam, dan ketika memakai semula lipstik
Dapat melawan garis-garis halus serta mencegah lipstik daripada meleleh dan menjadi comot.
Dapatkan faedah anti-penuaan dan keunggulan dalam satu produk.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Eye Care




Menutup dan melindungi. Untuk kecacatan kecil, kita ada MK Signature Concealer dengan rona yang tepat untuk nada kulit anda. klik


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







Serum yang penuh berkesan ini mengandungi sebatian eksklusif yang dirumus khas untuk mengatasi pelbagai punca lingkaran hitam dan kesembapan di bawah mata.



Cuba anda lihat cermin, ada tak lingkaran hitamsekitar bawah mata?
Bagi yang mementingkan penampilan sudah pasti ini amat merungsingkan. Melalui pembacaan saya, terdapat beberapa sebab yang menyebabkan terjadinya lingkaran hitam bawah mata. Antaranya ialah;

1. Selari dengan umur anda yang semakin meningkat.
2. Anda ada alahan.
3. Ciri-ciri kulit wajah anda sendiri.
4. Mengalami keletihan setelah bekerja seharian.
5. Kekurangan nutrisi pada tubuh anda.
6. Faktor genetik.
7. Pengaliran darah yang tak stabil.
8. Anda menghadapi tekanan dan tak dapat mengawalnya dengan baik.
9. Terdedah kepada cahaya matahari. (Bukan matahari waktu pagi yer.)
10. Penurunan berat badan yang agak mendadak.
11. Ada masalah pinggang dan juga perut.
12. Tisu lemak dan cecair.
13. Masalah sinus.
14. Anda memang ada masalah kesihatan.
15. Anda seorang perokok.

Kini anda boleh merawat dan mengurangkan masalah anda dengan menggunakan Timewise® Targeted-Action® Eye Revitalizer dari Mary Kay. Ia adalah serum yang dirumus khas untuk menghilangkan lingkaran hitam dan sembab di bahagian bawah mata. Kulit di sekeliling mata kita adalah kulit yang sangat sensitif kerana ia tidak mempunyai banyak kelenjar sebum dan kolagen berbanding dengan kulit muka di bahagian lain. Sebab tu bila memakai mask pun kita dilarang sama sekali letak dibahagian bawah mata.
Apabila wanita yang ada lingkaran hitam ini, pad lemak di bawah dermis merosot, menyebabkan kulit kelihatan lebih nipis, tidak bermaya, gelap dan sembab. Gunalah TimeWise® Targeted-Action™ Eye Revitalizer Mary Kay untuk mengatasi lingkaran hitam dan kesembapan di bawah mata. Anda akan merasai sendiri keberkesanannya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



TimeWise® Age-Fighting Eye Cream

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TimeWise® Firming Eye Cream
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

::Oil-Free Eye Makeup Remover
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------