13 October 2011

ANTI-AGING


Set Miracle (untuk kulit normal dan kering atau untuk kulit berminyak) adalah koleksi premium barangan anti-penuaan yang saling bekerjasama.

Set ini di panggil Miracle set adalah kerana produk anti penuaan yang amat luar biasa. Ia dapat menjadikan kulit anda lebih muda dari usia sebenar. Ia memang di reka khusus bagi menghapuskan kedutan dan menjadikan kulit lebih muda dan berseri.

Pembersih boleh tahan sehingga 4-6 bulan, pelembab 8-12 bulan dan Day and Night Solution 4 bulan setiap satu mengikut jumlah yg anda gunakan.Penggunaannya setiap hari dapat membantu kulit anda lebih licin, lembut, tegang, kurang garisan dan kedutan. Set Miracle menawarkan 11 faedah dlm 1 rejimen penjagaan kulit iaitu membersih, mengelupas, menyegar, menghidrat, melicin, menegang, melembut, melindungi, mencergaskan, membina semula dan mengurangkan garis halus serta kedutan

Utk mendptkan semua faedah ini, gunalah set Miracle setiap hari :))

Antara barang barang yang terdapat di dalam set Timewise ialah:-

1) TimeWise® 3in 1 Cleanser 127g RM105.00.
Ianya adalah satu produk yang melakukan tiga kerja untuk membersih, mengelupas dan menyegarkan kulit anda dalam satu langkah mudah. Didapati di dalam dua formula iaitu untuk kulit Normal hingga Kering atau Kombinasi hingga Berminyak.

2) TimeWise® Age Fighting Moisturizer 100ml RM115.00.
Melembap dan melembutkan kulit anda dengan TimeWise Age-Fighting Moisturiser. Ia membekalkan penghidratan 10 jam dengan kompleks berpaten yang membawakan hasil yang ketara. Pilihan formula dari kulit Normal hingga Kering atau Kombinasi hingga Berminyak.

3) TimeWise® Day Solution SPF25 29ml RM150.00.
TimeWise Day Solution Sunscreen SPF 25 menghalang ancaman sinar UVA/UVB untuk membantu mencegah garis-garis halus dan pewarnaan tidak sekata sebelum ia berlaku. Peptida yang menenangkan juga membantu melegakan garis-garis ekspresi.

4) TimeWise® Night Solution 29ml RM150.00.
TimeWise Night Solution memberikan sistem pembekalan mikro kapsul Nutribeads yang mengandungi vitamin dan antioksidan bergabung dengan peptida penguat kolagen untuk membantu memudarkan garis-garis dalam dan kedutan.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Set TimeWise Microdermabrasion menggunakan hablur aluminium oksida yang sama digunakan oleh ahli dermatologi. Ia boleh digunakan pada bila-bila masa samaada pagi, petang atau malam.
Penggunaannya adalah 2 atau 3 kali seminggu selepas pemakaian pencuci muka tetapi amat TIDAK sesuai dipakai setiap hari. Set ini amat sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit yang kusam dan mempunyai parut jerawat dan jeragat. Anda akan rasa kulit anda semakin licin setelah menggunakannya.


Kandungan vitamin yang berlebihan dapat merangsang peredaran kulit agar menjadi lebih anjal dan gebu. Set ini merupakan serum mewah yang sangat popular di US.

 

Hasil penggunaan set ini selepas seminggu :
85% nampak penambahbaikan dari segi tekstur kulit
73% nampak pengurangan dari segi garis halus
71% nampak pori-pori lebih mengecil.

BAGAIMANA IA BERTINDAK :


Langkah 1:
Refine ialah pengelupas termaju yang segera mencergaskan kulit untuk menampilkan permukaan yang lebih berseri dan tampak sihat. Losen putih berkrim ini mengandungi hablur pengelupasan:
1) Mengisi dan menyuburkan kulit dari bawah melalui penambahan mikroperedaran. Proses ini membawa oksigen ke atas kulit untuk merangsang peredaran bagi menyerlahkan kulit yang tampak sihat dan berseri.
2) Mengecilkan pori dengan cara menanggalkan sel kulit mati yang terbentuk secara semula jadi di dalam dan di sekeliling tepi setiap pori.

Langkah 2:
Replenish segera diserap ke dalam kulit untuk melicin dan melembutkannya.
Serum lavender berwarna-warni yang ringan ini:
1) Memberi khasiat dan menyuburkan kulit dari atas dengan Mary Kay® triple tea
complex yang eksklusif.
2) Membantu proses peremajaan dan melindungi kulit daripada bahan cemar persekitaran.
3) Menenangkan kulit dan membantu mengembalikan keseimbangan.
4) Menyediakan kulit untuk langkah penjagaan kulit seterusnya.

CARA PENGGUNAAN :
1) Selepas membersih, sapukan sedikit TimeWise® Microdermabrasion Langkah 1: Refine untuk membasahkan muka dengan hujung jari.
2) Bilas bersih dengan air suam, keringkan dengan cara menekan-nekan.
3) Gunakan hujung jari untuk sapukan Langkah 2: Replenish.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TimeWise Replenishing Serum+C adalah satu produk yg menakjubkan. Serum yang kaya dengan antioksidan ini dirumus dengan ramuan yang meningkatkan penghasilan kolagen baru dan membantu memastikan kolagen sedia ada tidak terurai. Ia juga mengandungi ramuan yang dikenal pasti dapat menyokong elastin, sejenis protein yang memberikan keanjalan atau "spring" kepada kulit. Kulit akan kelihatan terangkat dan ditegangkan, kulit juga tampak cepat pulih. Kontur keremajaan lebih ketara. Kesan keseluruhannya? Mengangkat utk mencantikkan.

Ianya telah dirumus dan diuji pada kulit orang Asia, TimeWise Replenishing Serum+C telah menunjukkan keberkesanannya dalam kajian pengguna dan kajian klinikal. 

Satu kajian pengguna yang mendalam menunjukkan faedah yang disaksikan oleh wanita setelah menggunakan TimeWise Replenishing Seum+C. Hasil menceritakan segala-galanya:
89% - mengatakan kulit mereka kelihatan terangkat (lifted) dan lebih     mudah pulih.
86% - mengatakan kulit mereka kelihatan lebih sihat.
79% - mengatakan kulit mereka kelihatan lebih muda.
90% - mengatakan tekstur kulit mereka kelihatan lebih elok.

** Hasil yg dilaporkan selepas satu kajian pengguna selama 2 minggu.Bagaimana ia bertindak?TimeWise Replenishing Serum+C mengandungi ramuan yg dikenal pasti dapat membantu memperkuat kolagen dan elastin sedia ada. Kompleks antioksidan yg kuat ini mengandungi ekstrak buah delima yg telah lama digunakan utk melawan stress.